NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hannah Yeoh Bukan Malaikat

Hannah Yeoh Bukan Malaikat

Tidak semua sokong apa yang suami Hannah Yeoh dapat, begitulah juga tidak semua boleh sokong hujah Tony Pua.

Dia boleh “backup” Hannah Yeoh tapi dia tidak boleh ubah apa yang orang sudah rasa dengan kerajaan hari ni terutama langkah-langkah songsang DAP. 

Semakin terang lagi bersuluh keterlanjuran mereka. Tidak boleh berselindung lagi.  

Ceritanya mudah sahaja, mereka tidaklah mahu sangat lawan nepotisme atau kronisme dahulu. Sebab itu mudah-mudah sahaja mereka terlanggar apa yang kononnya mereka lawan.

Konon-konon nak dilihat bersih, tapi mandi pun tidak.
Konon-konon mangsa persepsi, mereka pun menang kerana buat persepsi.

Kalau bercakap soal prestasi dan merit, jangan pelik semua ahli keluarga orang politik nanti kerjanya buat syarikat, modal banyak, ada merit, kemudian dapat tender kerajaan sebab ada prestasi. 

Sepatutnya Tony Pua nasihatkan orang yang beliau gelar rajin, benar dan persis malaikat itu untuk juga berani. Berani menjunjung prinsip.

Semua yang Tony Pua cadangkan untuk Hannah Yeoh itu bukan tatakelola wawasan PMX jika Hannah Yeoh tidak berani larang suami terima tender kerajaan negeri untuk jaga nama baik isteri dan imej bersih kerajaan. 

Biarlah berbaloi sedikit untuk panggil kerajaan hari ini Kerajaan Madani.

Sekian

Zaidy Abdul Talib
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor

#BaktiDemiSelangor 
#AdilPrihatinBerkebajikan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo