NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi awal lepasi 90 peratus, perkembangan baik di KKB – Azmin



KUALA KUBU BAHARU – Peratusan keluar undi awal yang memberangsangkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Pilihan Raya PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peratus keluar mengundi sebanyak 96 peratus pada jam 3 petang merupakan petanda cukup baik kepada pengundi di kawasan itu.

“Ini adalah satu perkembangan yang cukup sihat dan akan memanfaatkan rakyat di KKB (Kuala Kubu Baharu).

“Terima kasih kepada pengundi awal khususnya anggota perkhidmatan awam, polis dan tentera yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat bagi memilih wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu,” katanya kepada MalaysiaGazette

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan sasaran 75 peratus orang mengundi pada PRK itu.

PRK Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas. – MalaysiaGazette


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo