NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIC terus agresif kempen untuk calon DAP, benam ‘hasutan’ Ramasamy



HULU SELANGOR – MIC terus berkempen bagi memastikan pengundi dalam kalangan masyarakat India terus celik serta tidak sesekali termakan hasutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu Sabtu ini. 

Malah kempen rumah ke rumah selain ceramah kelompok anjuran MIC sentiasa di sertai oleh presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran dilakukan kerana mahu orang India mengundi calon kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

Dalam beberapa siri ceramah dan pertemuan bersama masyarakat setempat, Vigneswaran berkata, adalah penting untuk memilih calon yang bukan sahaja dapat memperjuangkan isu masyarakat setempat tetapi juga wakil dalam kerajaan negeri serta Persekutuan yang mempunyai kuasa. 

Ini adalah bagi memastikan segala keperluan dan kebajikan  sentiasa terjaga berbanding memberi kemenangan kepada calon yang terpaksa berpolitik sepanjang waktu.

“Ingat ya, ketika ini Kerajaan Perpaduan memerintah kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Selangor. Pengundi India perlu beri sokongan kepada calon PH sebelum minta beliau atau kerajaan selesaikan isu-isu yang dihadapi.

“Ini satu peluang untuk sokong calon perpaduan yang akhirnya akan beri kuasa lebih kepada wakil-wakil rakyat India di Selangor.

“Wakil-wakil ini juga boleh bersuara untuk kerajaan selesaikan masalah yang dihadapi. Saya mohon janganlah gunakan sentimen segelintir pihak kononnya mahu gunakan peluang PRK ini untuk ‘ajar’ kerajaan. Yang rugi adalah kita nanti, selagi ada kuasa selagi itulah penyelesaian itu jadi realiti. Jangan buat silap ini,” katanya kepada pengundi India di sini.

Untuk makluman, pengundi dalam kalangan masyarakat India di KKB ialah sekitar 18 peratus.

Dalam pada itu, Vigneswaran yang juga mantan Yang Dipertua Dewan Negara berkata, walaupun dulu DAP dan MIC seperti seteru politik namun kini bergandingan kerana fokus kepada kepentingan rakyat.

“Kita telah ketepikan semua pembezaan kerana isu penting ialah rakyat, banyak yang perlu dilaksanakan dan ianya hanya mampu dilakukan andai semua bersatu hati.

“Jika calon PH menang di Kuala Kubu Bharu dan ada masalah yang tidak selesai anda boleh beritahu kami (MIC dan DAP). Kami akan bawa isu-isu itu ke pengetahuan berwajib termasuk Perdana Menteri. 

“Masyarakat India di sini boleh bertanya kepada MIC jika masalah yang dihadapi mereka masih berpanjangan selepas calon PH menang dalam pilihan raya kecil minggu depan,” tegasnya. -MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo