NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuduhan ekstrem hanya bantu tambah sokongan PAS, kata pemimpin

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata parti itu enggan melayan tuduhan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad termasuk mahu menyamannya


PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menepis dakwaan bahawa kempen politik haluan kanan dibawanya menyumbang kepada bertambahnya tindakan ekstremisme antaranya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, minggu lalu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata kenyataan Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad itu sering dimomokkan sejak sekian lama oleh musuh PAS dan tiada keperluan untuk mereka melayannya termasuk memfailkan saman.


Tegasnya, ironinya Khalid dan Presiden Amanah Mohamad Sabu juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dikaitkan dengan pengaruh ekstremisme ketika bersama PAS.

“Tiada keperluan untuk PAS ambil tindakan perundangan terhadap Khalid.


“Naratif yang mereka cipta itu semakin menambah sokongan pengundi Islam dan Bumiputera kepada PAS, pada masa yang sama tidak pun menambah sokongan kaum Cina kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada FMT.

Semalam, Khalid yang juga bekas menteri wilayah persekutuan mendakwa kempen kebencian dan dakyah bahawa Islam terancam dibawa PAS telah menyuburkan ekstremisme agama di sebalik pendirian parti itu mempertahankan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok daripada ancaman bunuh.

Merujuk kejadian mengorbankan dua anggota di Johor dan cubaan menceroboh Istana Negara dengan bersenjatakan parang, Khalid berkata pihaknya bimbang dengan perbalahan semakin meruncing susulan tindakan memainkan isu perkauman serta fahaman agama sempit.

Mengulas lanjut, Zuhdi berkata PAS kecewa kerana dituduh ekstrem kerana mempertahankan kedaulatan Islam dan membela kepentingan Bumiputera daripada dihakis golongan cauvinis serta liberal.


Beliau menyamakannya sama dengan tuduhan terhadap penduduk Palestin yang dituduh ekstrem sedangkan mereka hanya mempertahankan hak daripada dirampas musuh.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo