NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden Raisi, menteri luar Iran sah terbunuh nahas helikopter

Presiden Ebrahim Raisi meneruskan tradisi Iran menyokong kuat perjuangan Palestin, dan kematiannya akan disambut baik oleh AS dan Israel.


Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian disahkan meninggal dunia selepas helikopter yang mereka naiki terhempas dalam cuaca buruk di kawasan hutan tebal di timur Azerbaijan, dengan operasi cari dan menyelamat semalaman yang gagal mengesan kawasan kejadian sehingga pagi tadi.

Turut terkorban ialah gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati, dan Ayatollah Mohammad Ali Ale-Hashem, wakil pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei, serta beberapa individu yang lain yang menaiki helikopter sama.

Ketika laporan ini ditulis, pemergian Raisi belum diumumkan secara rasmi.

Bagaimanapun, seorang jurucakap kedutaan Iran di Kuala Lumpur memberitahu MalaysiaNow mereka sedang menunggu pengumuman rasmi, dan persiapan sedang dibuat untuk menyediakan buku ucapan takziah kepada orang ramai di samping mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung.

Helikopter Raisi terhempas di wilayah Varzaqan semalam ketika pulang dari upacara perasmian sebuah empangan di sempadan Iran-Azerbaijan.

Raisi, 63, presiden Iran ke-8 sejak Revolusi Islam 1979 yang menggulingkan rejim pro-Barat Shah, sering disebut-sebut sebagai pengganti Khamenei.

Beliau tewas pada pilihan raya presiden 2017 di tangan bekas presiden Hassan Rouhani tetapi memenangi pilihan raya 2021.

Kematiannya lebih sebulan selepas Iran melancarkan ratusan peluru berpandu ke arah Israel sebagai serangan balas ke atas regim Zionis itu menyerang kedutaannya di Syria.

Di bawah Raisi, Iran meneruskan dasar menyokong kuat perjuangan Palestin, dan pemergiannya dijangkan akan dialu-alukan Amerika Syarikat dan Israel.

Bagaimanapun, penganalisis berkata musuh Iran tiada sebab untuk meraikan kematian Raisi kerana ia masih tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam dasar anti-Israel yang berakar umbi dalam kerajaan Iran.

Naib Presiden Mohammad Mokhber, 68, dijangka memangku jawatan presiden sehingga pilihan raya presiden yang mesti diadakan dalam tempoh 50 hari.

Spekulasi sudah mula tersebar yang speaker Parlimen Mohammad Baqer Ghalibaf, sekutu rapat Raisi, mungkin antara yang akan bertanding.

Ghalibaf, bekas ketua polis dan bekas datuk bandar Tehran, dianggap penentang kuat Israel dan dasar Barat di Timur Tengah, di samping individu yang rapat dengan Khamenei.

Beliau pernah bertanding dalam tiga pilihan raya presiden: 2005, 2013 dan 2017, tahun di mana beliau tewas pada Rouhani.

Pada 2021, beliau menarik balik pencalonannya dan menyokong Raisi.


Sumber | MalaysiaNow 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo