NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Sabah belum muktamadkan rakan gabungan menjelang PRN

Pimpinan PH Sabah bersama Pengerusi GRS Hajiji Noor dan pimpinan lain GRS dan BN pada mesyuarat pada Januari. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Sabah menolak spekulasi membentuk gabungan bersama Barisan Nasional, menjelang PRN.

PH Sabah berkata, pihaknya sedar laporan dan spekulasi berhubung kemungkinan pembentukan gabungan itu, di mana Dewan Undangan Negeri dijangka bubar automatik pada Oktober tahun depan.

“Bagaimanapun, PH Sabah masih belum membincangkan sebarang persefahaman atau kemungkinan gabungan baharu yang akan dibentuk untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Namun begitu, PH Sabah tetap kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri serta menyokong kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor dan mahu melihat kerajaan ini mencapai tempoh penuh.

“PH Sabah menggesa agar semua pihak memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini di bawah kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan.

Pada Rabu, FMT memetik sumber sebagai berkata, BN dan PH dijangka bekerjasama pada PRN Sabah, menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji walaupun dua gabungan sebahagian daripada kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sumber itu berkata, gabungan berkenaan berkemungkinan melibatkan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat. Bagaimanapun, ada bangkangan daripada dalam PKR sendiri, terutama Pengerusi PH Sabah Christina Liew, yang juga ahli Jemaah Menteri Sabah.

Pimpinan PH negeri berkata, mereka menyokong keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah.


Tolak inisiatif Zahid


PH Sabah berkata, inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, yang diketuai timbalan perdana menteri dan Presiden Umno Zahid Hamidi, tidak wajar diperkenal dan dilaksanakan di negeri itu.

Katanya, baru-baru ini Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang kini memberi kuasa dan autonomi kepada kerajaan negeri melantik dan mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo