NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih baik GRS solo jika BN-PH bekerjasama, kata penganalisis

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bersama Hajiji Noor, yang mengetuai Sabah sebelum keluar pada Disember 2022 untuk membentuk GRS. (gambar Facebook) (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata lebih baik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo pada PRN Sabah daripada bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), susulan timbulnya spekulasi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata spekulasi mungkin mendorong PN bekerjasama GRS pimpinan Hajiji Noor pada PRN itu.

Hajiji, ketua menteri Sabah, mengetuai Bersatu Sabah tetapi membawa semua wakil rakyatnya keluar parti pada Disember 2022. Mereka kemudiannya membentuk kerajaan perpaduan dan mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Bagaimanapun, Azmi berkata pengundi Sabah mungkin tidak suka GRS bekerjasama dengan Bersatu yang berpangkalan di Semenanjung.

“GRS terdiri daripada parti-parti berasaskan Sabah. Jika ia bergabung dengan Bersatu, GRS perlu berkongsi kerusi dengan mereka,” katanya kepada FMT.

PRN 2020 menyaksikan Bersatu Sabah dan Umno bekerjasama di bawah pakatan tidak rasmi dikenali Gabungan Rakyat Sabah. Bersatu Sabah memenangi 11 kerusi dan wakil rakyat bertambah apabila beberapa Adun Warisan menyertainya beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun, Hajiji pada 2022 bersama wakil rakyat lain meninggalkan Bersatu tanpa seorang Adun yang tinggal, manakala Naib Presiden Ronald Kiandee kini merupakan ahli Parlimen tunggal Bersatu Sabah.

Rabu lalu, FMT memetik sumber sebagai berkata BN dan PH berkemungkinan menjadi sekutu Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) pada PRN. Keempat-empatnya sudah pun menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, ada tentangan daripada segelintir mereka dalam PKR dan Pengerusi PH Sabah Christina Liew antara mereka yang lebih suka meneruskan kerjasama sedia ada dengan GRS.

Azmi berkata BN dan PH lebih suka mengadakan pakatan bersama Warisan dan PKDM memandangkan permusuhan Umno Sabah dengan GRS.

“Umno melihat GRS telah menikam mereka dari belakang semasa PRN lalu,” katanya merujuk kepada pertembungan kerusi selepas beberapa pemimpin GRS diletakkan sebagai calon bebas menentang Umno.

“(Pakatan antara) PH, Umno, Warisan dan KDM nampaknya menjadi pilihan yang logik, bukan sahaja untuk negeri tetapi untuk peringkat persekutuan,” tambahnya.

Azmi juga percaya bahawa hubungan Umno-Warisan ‘terlalu menggerunkan untuk Hajiji atau Liew untuk mencabarnya dan berpisah’.

Bagaimanapun, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata Sabah boleh melihat penjajaran semula politik yang ketara selepas PRN, sambil menambah bahawa pilihan raya di negeri itu cenderung mengadakan ‘kerjasama politik yang pelik’.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo