NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Miskin tegar Terengganu dinoktahkan dalam tempoh 2 bulan, kata PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak. (Gambar Bernama)





KUALA NERUS: Kerajaan persekutuan berazam menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, setakat 2 Mei terdapat 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata agensi kerajaan persekutuan telah diarahkan untuk membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh yang diberikan itu.

“Takkanlah dengan kekayaan seluruh agensi, (dan) kementerian tidak boleh tolong lebih 1,000 keluarga ini supaya selamat daripada miskin tegar. Maknanya tidak cukup makan, tidak ada pakaian untuk anak-anak, dan susah untuk beli ‘uniform’ (pakaian seragam) untuk anak-anak ke sekolah.

“Dengan syarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama sepenuhnya untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani.

Majlis anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Terengganu itu, dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada rakyat khususnya di Terengganu supaya menolak tohmahan kononnya kerajaan persekutuan tidak memberi perhatian kepada negeri tersebut, kerana ia ditadbir pihak pembangkang.

Malah, beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa memberi keutamaan, serta mengarahkan supaya projek-projek untuk kepentingan rakyat di negeri ini termasuk tebatan banjir, pendidikan, kesihatan, keselamatan, dan prasarana disegerakan.

“Kalau tidak, Madani ini tiada maknanya jika tidak diberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan pusat juga sentiasa melakukan pemantauan, bagi memastikan projek-projek di Terengganu seperti tebatan banjir dilaksanakan mengikut jadual.

Dalam pada itu, perdana menteri turut menyeru kepada kerajaan negeri supaya berbincang dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai potensi pelaburan domestik dan asing yang boleh dibawa masuk ke Terengganu.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo