NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemasukan bukan bumiputera, cubaan ‘membelakangkan’ Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan – Persekutuan Alumni UiTM



  • Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.
  • PAUiTM berkata pihaknya kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1A Akta 173 iaitu UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • “Meskipun cadangan serta pandangan tersebut “disulam dengan pelbagai justifikasi kononnya atas nama demi kebaikan Melayu”, PAUiTM kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana tersepuh di dalam Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • “Sebarang cadangan atau pandangan sebaliknya, dilihat cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas bernegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi di Facebook pada Sabtu lalu.
  • Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

KUALA LUMPUR — Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.

PAUiTM berkata pihaknya kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1A Akta 173 iaitu UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

“Meskipun cadangan serta pandangan tersebut “disulam dengan pelbagai justifikasi kononnya atas nama demi kebaikan Melayu”, PAUiTM kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana tersepuh di dalam Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang cadangan atau pandangan sebaliknya, dilihat cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas bernegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi di Facebook pada Sabtu lalu.

Terbaharu, media melaporkan UiTM kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar dalam kalangan bumiputera sahaja.

Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Shahib ketika mengulas berkenaan cadangan membenarkan program latihan ijazah lanjutan kepakaran (Parallel Pathway) kepada bukan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya UiTM bersedia dengan apa jua keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu menjadi keperluan negara

Dalam pada itu, PAUiTM turut merakamkan ucapan tahniah kepada UiTM, alumni dan mahasiswanya yang berterusan mencipta kejayaan demi kejayaan dan pencapaian, baik di dalam bidang akademik mahupun pembangunan sosio-masyarakat yang membanggakan negara.

Katanya, perkara itu jelas membuktikan bahawa status quo sebagai universiti Melayu bumiputera tidak pernah menghalang UiTM untuk terus berjaya setanding dengan yang lain.

“PAUiTM pastinya meletakkan kepercayaan dan pengharapan yang tinggi kepada kepimpinan tertinggi universiti serta kementerian untuk terus istiqamah menjaga amanah ini demi agama, bangsa dan negara.

“PAUITM juga menyeru para Alumni untuk sama-sama mengangkat martabat UiTM serta terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak penubuhan universiti bertuah ini,” kata persatuan itu.

Merujuk Instagram PAUiTM, difahamkan persekutuan itu merupakan organisasi menaungi keseluruhan lebih 863,000 Alumni Dewan Latihan RIDA, Maktab MARA, ITM dan UiTM. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo