NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita UMNO gesa kerajaan ambil tindakan terhadap “Hezry Yasin”



KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap hantaran pemilik akaun Facebook bernama “Hezry Yasin” dipercayai seorang pemimpin muda sebuah parti politik kerana memuatnaik hantaran berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hantaran yang  memperlekehkan institusi raja-raja dan kesucian agama Islam di negara ini.

“Kenyataan yang dibuat itu jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan mampu menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

“Justeru, Wanita UMNO Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut supaya kenyataan tidak menghormati institusi raja-raja ini tidak menjadi budaya di negara ini,” kata Noraini dalam satu kenyataan, hari ini. 

Baru-baru ini tular kenyataan “Hezry Yasin” yang mengatakan beliau tidak menadahkan tangan ketika bacaan doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja semasa khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.

Pemilik akaun tersebut turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, tindakan tegas terhadap “Hezry Yasin” amat penting sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya lebih peka dan bertanggungjawab dalam mengulas isu-isu sensitif atau berkaitan 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Raja- Raja).

“Bulan Syawal ini adalah masa untuk bermaafan bukan untuk mencetus suhu panas politik.

“Justeru Wanita UMNO menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan negara,” kata Noraini lagi. 

Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Seri Alam Suptendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hezry Yasin didakwa sebagai Pengarah Media Baharu Pemuda Pas Selangor. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo