Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun sumber kewangan kerajaan negeri agak terhad, namun sumbangan tersebut diagih setiap tahun sebagai tanda keprihatinan kepada rakyat.
“Sekiranya kerajaan negeri mendapat bayaran royalti petroleum tentunya lebih banyak lagi program kebajikan untuk rakyat dapat dilaksanakan,” katanya pada program penyampaian sumbangan tersebut di DUN Kota Lama semalam. Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi dan Pengarah Pusat Khidmat DUN Kota Lama, Datuk Zamri Ismail. (Foto atas)
Pada program tersebut yang diadakan di Madinah Ramadan itu seramai 761 armalah dan anak yatim DUN Kota Lama menerima sumbangan kerajaan negeri disampaikan Takiyuddin.
Program seumpama itu turut diadakan di seluruh DUN di Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Sementara itu Nor Azariza berkata, umat Islam hendaklah memanfaatkan 10 hari terakhir Ramadan dengan melipatgandakan amal ibadat.
“Kita juga hendaklah memaafkan sesama kita kerana amalan memberi kemafaan membolehkan umat Islam dapat hidup dalam suasana bersatu padu dan harmoni,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment