NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suami isteri ditahan promosi pinjaman haram di bazar Ramadan

Suami isteri ditahan selepas disyaki mengupah dua lelaki mengedarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di bazar Ramadan. (Gambar PDRM)


IPOH: Polis menahan suami isteri disyaki terbabit mengedarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di bazar Ramadan pekarangan Stadium Ipoh yang tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kedua-dua mereka yang berusia 53 dan 54 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Perak di sebuah rumah di Sitiawan kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata, polis turut merampas antaranya telefon bimbit, buku catatan senarai peminjam wang dan 120 keping kad tertera tawaran pinjaman wang dan judi dalam talian.

“Hasil siasatan awal suspek mengaku ke bazar Ramadan itu bersama dua lelaki orang kurang upaya (OKU) yang diupahnya dengan bayaran RM30,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semakan ke atas buku catatan senarai peminjam mendapati 90% adalah warga tempatan di daerah Manjung dan tindakan mengedar kad tersebut bagi mengembangkan perniagaan yang dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu.

Yusri berkata, suspek juga mengaku perniagaan pinjaman wang tanpa lesen itu mengenakan kadar bayaran tinggi termasuk secara harian.

Beliau berkata, polis masih mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman berdurasi 1.01 minit menunjukan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai sehingga mendatangkan rasa kurang senang peniaga di bazar tersebut.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo