NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segera jelas pendedahan afidavit Zahid, Umno Kelantan beritahu kerajaan

Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan kebimbangan andai perkara dibangkit dilihat seperti mempermainkan titah Agong.


PETALING JAYA: Umno Kelantan menyifatkan pendedahan afidavit Presiden Zahid Hamidi berhubung tahanan rumah Najib Razak sebagai serius, sambil memohon kerajaan segera memberikan penjelasan.

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, berkata kerajaan perlu menjawab berhubung pendedahan itu supaya ia tidak menjadi polemik pertikaian.

Katanya, perkara berbangkit dibimbangi dilihat seperti mempermainkan titah Agong.

“Rakyat perlu tahu pendirian dan penjelasan kerajaan daripada sudut undang-undang serta takrifnya supaya tiada lagi pertikaian oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan afidavit difailkan Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April mendakwa melihat perintah tambahan untuk Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri mendakwa, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Tengku Zafrul Aziz dalam pertemuan di kediamannya, pada 30 Jan lalu. Malah, katanya Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail turut maklum kewujudan perintah tersebut.

Zahid mendakwa, Tengku Zafrul turut memaklumkan perintah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertarikh 29 Jan 2024.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul Aziz akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit Zahid itu.

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri dalam kenyataan berkata, pendirian memfailkan afidavit itu dibuat selepas mendapat nasihat undang-undang, bukan untuk mempertikaikan merit isu sedang berlangsung.

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan berkata pihaknya akan membawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul kepada mahkamah.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk membuat keputusan sama ada membenarkan Najib meneruskan usahanya bagi memaksa kerajaan mendedahkan perintah tambahan yang didakwa daripada Agong terdahulu.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo