NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sanusi tegas mahu calon Melayu tanding PRK Kuala Kubu Baharu

Sanusi Nor berkata, pemilihan calon Melayu akan dicadangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, esok.


PETALING JAYA: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Nor mahu calon Melayu dipertaruhkan pada PRK Kuala Kubu Baharu tanpa mengambil kira parti komponen mana bertanding.

Katanya, perkara itu akan ditegaskan pada mesyuarat esok bersama pimpinan tertinggi PN mengulas hasrat Gerakan mahu meletakkan calonnya di kawasan itu.

“Esok (Isnin) baru mesyuarat, saya akan hadir mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan bincangkan mengenai calon PRK.

“Dalam mesyuarat itu juga, saya akan kemukakan cadangan saya sebelum ini, yang mahu cadangkan calon Melayu mewakili PN, dari parti mana tak kisahlah,” katanya menurut Sinar Harian di Alor Setar.

Seramai 40,226 orang layak mengundi dengan pecahan 50% pengundi Melayu, Cina (30%), dan India (18%). Penamaan calon akan diadakan pada 27 April, manakala undi awal 7 Mei dengan hari mengundi 11 Mei.

Semalam, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, partinya mahu bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga menteri besar Kedah yakin tiada parti dalam komponen PN akan memboikot PRK itu, jika parti mereka tidak bertanding.

“Saya tak bimbang berlakunya protes (jika Gerakan tidak terpilih sebagai calon),” katanya.

Pada 19 April, MCA memutuskan tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika calon kerajaan perpaduan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, dilaporkan Presiden MIC SA Vigneswaran berkata, parti itu tidak akan turun berkempen pada PRK berkenaan kerana tidak ditandingi calon BN.

Bagaimanapun, bercakap kepada media dalam Konvensyen 25 Tahun PKR, di Shah Alam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata, MIC akan turun padang dan berkempen membantu calon kerajaan perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Katanya, presiden MIC itu ada menghubunginya akan turun membantu, sambil memaklumkan laporan parti itu enggan turun berkempen sebagai tidak tepat.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo