NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PH ‘rayu’ DAP pertimbang calon Melayu di KKB

Borhan Aman Shah berharap prestasi baik Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri impak positif kepada PH pada PRK Kuala Kubu Baharu.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Selangor mencadangkan DAP yang akan mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu meletakkan calon Melayu profesional.

Timbalan Pengerusi PH Selangor, Borhan Aman Shah, berkata beliau secara peribadi berpendapat perkara itu wajar dipertimbangkan mengambil kira situasi politik semasa termasuk peratusan pengundi Melayu di DUN berkenaan agak tinggi.

Dianggarkan 46% daripada 40,226 pemilih layak mengundi pada PRK 11 Mei depan adalah pengundi Melayu diikuti Cina (30%), India (18%), dan lain-lain (5%).

“Kalau lihat peratus dan isu semasa…kalau boleh DAP letak calon Melayu, sebelum ini DAP pernah letak calon Melayu di DUN Dusun Tua (Edry Faizal Eddy Yusof) (pada PRU14) boleh menang, Young Syefura Othman daripada calon Melayu (di Parlimen Bentong pada PRU15).

“Saya berpandangan lebih baik kalau (DAP) boleh letak calon Melayu. Walaupun bekas Adun (Lee Kee Hiong) buat kerja dengan baik tetapi belum tentu juga kedudukan (menang mudah) sebab dalam PRK ini pelbagai isu boleh dimainkan (lawan),” katanya dalam temu bual dengan FMT.

“Cuma calon diletakkan nanti biar nampak profesional kerana PRK ini akan jadi tumpuan seluruh negara bukan mudah.”

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang terletak bawah Parlimen Hulu Selangor diadakan susulan kematian Lee pada 21 Mac lalu.

Daripada jumlah keseluruhan 40,226 pemilih, 39,362 daripadanya terdiri pengundi biasa, 625 (polis), 238 (tentera) dan pasangan serta seorang pengundi di luar negara.

Di sebalik cabaran sengit bakal diberikan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai Parlimen Hulu Selangor, Borhan yakin gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi itu.

“Kita ada kelebihan kerana persekutuan bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkhidmat cemerlang, harap dapat beri impak pada PRK,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo