NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCCBCHST dakwa cadangan pindaan Akta 355 tidak berperlembagaan



  • Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), termasuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah tidak berperlembagaan kerana ia sebahagian undang-undang jenayah sedia ada yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).
  • Kumpulan itu berkata kuasa hukuman yang dipertingkatkan dan diberikan kepada Mahkamah Syariah akan membolehkan kesalahan berkaitan Hudud seperti mencuri, merompak, berzina, liwat dan mabuk dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam. 
  • Menurut MCCBCHST kesalahan dinyatakan itu sudah menjadi sebahagian Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan) dan oleh itu kuasa tambahan tersebut tidak mengikut perlembagaan.
  • “Ia juga bermakna penubuhan sistem perundangan jenayah syariah yang selari, tidak mungkin di bawah sistem kami sekarang yang mempunyai perlembagaan tertinggi,” kata MCCBCHST dalam kenyataan dipetik Malay Mail pada Selasa.
  • Media pada 23 Mac lalu melaporkan Kerajaan selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta 355 yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

KUALA LUMPUR — Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), termasuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah tidak berperlembagaan kerana ia sebahagian undang-undang jenayah sedia ada yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).

Kumpulan itu berkata kuasa hukuman yang dipertingkatkan dan diberikan kepada Mahkamah Syariah akan membolehkan kesalahan berkaitan Hudud seperti mencuri, merompak, berzina, liwat dan mabuk dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam. 

Menurut MCCBCHST kesalahan dinyatakan itu sudah menjadi sebahagian Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan) dan oleh itu kuasa tambahan tersebut tidak mengikut perlembagaan.

“Selanjutnya, kuasa hukuman yang dipertingkatkan ini akan bertentangan dengan struktur asas dan asas Perlembagaan.

“Ia juga bermakna penubuhan sistem perundangan jenayah syariah yang selari, tidak mungkin di bawah sistem kami sekarang yang mempunyai perlembagaan tertinggi,” kata MCCBCHST dalam kenyataan dipetik Malay Mail pada Selasa.

Media pada 23 Mac lalu melaporkan Kerajaan selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta 355 yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam adalah hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

“Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“…maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu,” kata Na’im dipetik media tempatan.

Mengulas lanjut, MCCBCHST berkata tiada pertindihan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah seperti didakwa kerana isu itu berpunca daripada badan perundangan negeri meluluskan enakmen untuk membenarkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melebihi had Jadual Kesembilannya.

Kumpulan itu juga merayu kepada kerajaan persekutuan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan mengenai cadangan pindaan berkenaan. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo