NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jual video RM400, 3 dalang kegiatan ‘swinger’ ditahan



PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama polis berjaya menumpaskan kegiatan “swinger” beroperasi dalam talian selepas menahan tiga suspek dalam serbuan baru-baru ini.

Dalam kenyataan, SKMM berkata kegiatan kumpulan itu yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukar pasangan dikesan susulan aduan orang ramai dan pemantauan pihaknya.

Katanya, operasi dijalankan di Kedah dan Johor baru-baru ini menemukan kumpulan “swinger” yang memiliki sejumlah besar video lucah.

“Hasil serbuan itu telefon bimbit, komputer dan ‘thumb drive’ milik suspek dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tiga suspek berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir bagi platform X kumpulan ‘swinger’ ini.

“Mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan. Modus operandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X dan individu berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh, dikenakan bayaran RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram,” katanya.

SKMM berkata, kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai diingatkan tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian yang bertentangan undang-undang.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo