NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cara Terengganu lindungi pengilang padi bumiputera



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu mempunyai mekanisme kawalan bagi mengelakkan hasil padi negeri ini dijual ke kilang padi di negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan Exco Pertanian melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi negeri.

“Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Bernas,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, justifikasi kawalan itu ialah disebabkan ketidakcukupan padi dalam kalangan pengilang tempatan dan hasil padi dalam negeri ini.

Beliau berkata, di Terengganu terdapat empat kilang padi yang beroperasi yang mana tiga adalah milik bumiputera.

Tambahnya lagi, berdasarkan justifikasi itu, kerajaan negeri melalui bahagian Kawalselia Padi Beras negeri Terengganu telah melaksanakan beberapa langkah kawalan.

Jelasnya, antara langkah itu ialah arahan pembekuan semua permit pemindahan padi keluar dari Terengganu.

“Sebarang pemindahan padi tanpa permit adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

“Bernas tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil padinya ke kilang padi di negeri lain,” ujarnya yang juga ADUN Jabi.

Di samping itu, katanya Bahagian Kawalselia Padi dan Beras menjalankan rondaan dan pemeriksaan berkala di sempadan bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan dibuat bagi memastikan harga lantai belian padi RM1,300 setan di kilang-kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan yang ditetapkan.

Media beberapa hari lalu melaporkan 11 pengilang padi Melayu menggesa Perdana Menteri campur tangan bagi menyelesaikan isu monopoli pengilang besar.

11 kilang Melayu itu dilaporkan boleh ‘mati’ jika tiada langkah drastik menghentikan monopoli kilang besar.

Memetik laporan Utusan Malaysia, seorang pengilang, Mohamad Tarmizi Yop berkata, 11 pengilang padi Melayu yang masih bertahan itu juga hanya menunggu masa untuk gulung tikar kerana susah bersaing dengan pengilang-pengilang besar. – HARAKAHDAILY 15/4/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo