NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak selari dengan Zahid, MKT Umno ‘restu’ tindakan Akmal isu stoking kalimah Allah

Asyraf Wajdi Dusuki berkata MKT menyokong penuh pendirian Pemuda Umno berkenaan isu stoking kalimah Allah.


KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi Umno menyokong penuh tindakan Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah termasuk gerakan memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat MKT hari ini.


“MKT sokong penuh pendirian berkenaan isu stoking kalimah Allah,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn.

Bagaimanapun, Asyraf berkata tindakan menyokong Akmal yang dikritik hebat termasuk menteri dalam kerajaan perpaduan tidak akan menjejaskan hubungan Umno dengan parti dalam pentadbiran Putrajaya.


“Dalam dua perjanjian ditandatangani dalam memulakan rundingan membentuk kerajaan perpaduan…Umno letak empat syarat antaranya jangan sesekali remehkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

“Setakat ini permimpin dalam kerajaan perpaduan hormat pendirian itu,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu stoking tertera kalimah Allah.

Anwar berkata tindakan sudah diambil manakala Zahid yang juga presiden Umno menyeru semua pihak tidak “berlebih-lebihan” dalam isu tersebut apabila pihak terbabit sudah meminta maaf.


Kontroversi stoking tertera kalimah Allah tercetus susulan tular gambar penjualan produk itu minggu lalu, di sebuah cawangan KK Mart Bandar Sunway, sekali gus mengundang kecaman umat Islam termasuk desakan memboikot oleh Pemuda Umno.


Susulan syarikat berkenaan memohon maaf dan menyuarakan kekesalan atas insiden berlaku, namun Pemuda Umno mendesak pengurusan KK Mart memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara.


Sumner | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo