NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramadan: KPM tak wajar arah pukul rata kantin sekolah dibuka




KUALA LUMPUR
: Terlalu banyak perkara saling berkaitan antara satu sama lain (variables) perlu diambil kira sebelum boleh menentukan sama ada kantin sekolah perlu ditutup atau dibuka pada bulan Ramadan.

Profesional Istiqamah dalam kenyataanya berkata demikian sambil menambah bahawa, maka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak sepatutnya mengeluarkan arahan pukul rata bahawa kantin sekolah satu Malaysia perlu dibuka, hanya dengan alasan tidak mahu ada pelajar bukan Islam yang terpaksa makan di dalam stor sekolah.

“Isu pelajar bukan Muslim terpaksa makan dalam bilik stor di bulan Ramadan merupakan kes terpencil yang mungkin benar berlaku. Itu soal pengurusan sekolah yang kurang prihatin atau tak sedar ia berlaku kepada pelajar bukan beragama Islam di sekolah berkenaan,” ujar kenyataan itu,

Tambah Profesional Istiqamah, Ramadan bukan baru berlaku tahun ini kerana bulan suci Umat Islam itu ada pada setiap tahun.

“Sebelum ini, pengurusan sekolah sendiri tentukan kantin perlu dibuka atau tutup kerana lain sekolah, lain demografi pelajarnya. Maka keputusannya berbeza.

“Perkara ini sepatutnya KPM serahkan sahaja untuk diputuskan oleh pengurusan sekolah kerana ada sekolah yang ramai pelajar bukan Islam, dan ibu bapa boleh saja sediakan bekal,” tegas kenyataan itu

Walau bagaimanapun, hujah kenyataan itu lagi, ada sekolah yang ramai pelajar bukan Islam dan ibu bapa mereka tidak sempat atau mampu untuk sediakan bekal, maka mereka perlu beli makanan di kantin.

“Namun, bagaimana pula kemampuan pengurusan kantin untuk uruskan jualan pada bulan Ramadan?

Adakah ia berbaloi untuk masa, tenaga dan kos yang mereka terpaksa keluarkan?”, soal Profesional Istiqamah.

“Beri kuasa kepada pengurusan sekolah dalam soal ini, kalau perlu u-turn (tarik semua), u-turn sahaja arahan ini.

“Isu pendidikan ada lebih banyak isu penting lain yang perlu diperdebatkan. Maka, tak perlu isu ini dipanjangkan terlalu lama,” kata Profesional Istiqamah. – HARAKAHDAILY 15/3/2024



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo