NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantik pesuruhjaya Suhakam untuk individu tanpa kerakyatan, kerajaan diberitahu

Kerajaan dijangka membentangkan beberapa pindaan terhadap undang-undang kerakyatan dalam sidang Parlimen kali ini, termasuk menggantikan kewarganegaraan automatik anak terdampar dengan kuasa budi bicara menteri dalam negeri untuk menentukan perkara itu. (Gambar Putri Purnama Sugua)


PETALING JAYA: Badan Peguam menggesa kerajaan melantik seorang pesuruhjaya dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) khas untuk individu tanpa kerakyatan.

Katanya, ini seperti pejabat pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam, yang ditubuhkan bagi menangani isu penderaan dan gejala sosial lain membabitkan kanak-kanak.

Badan Peguam turut menggesa kerajaan menubuhkan pejabat ombudsman bagi meneliti status kanak-kanak tanpa kerakyatan serta memastikan mereka tidak kekal tanpa kewarganegaraan.

Ia menuntut Putrajaya mempercepatkan permohonan kerakyatan supaya keputusan tidak mengambil masa lebih sembilan bulan, selain lebih banyak ketelusan berhubung proses permohonan.

“Untuk menjalankan fungsi ini, (Badan Peguam menuntut kerajaan) melantik pesuruhjaya dalam Suhakam bagi individu tanpa kerakyatan melalui pindaan perlu kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat agungnya hari ini.

Ia turut menggesa kerajaan menangguhkan cadangan pindaan kepada undang-undang kewarganegaraan, khasnya pindaan yang akan memansuhkan hak automatik anak-anak bagi kerakyatan.

Anak terdampar ialah bayi ditinggalkan ibu bapa mereka dan kemudian dibesarkan orang lain.

Kerajaan dijangka membentangkan beberapa pindaan undang-undang kerakyatan dalam sidang Parlimen kali ini, termasuk menggantikan kerakyatan automatik anak terdampar dengan kuasa budi bicara menteri dalam negeri bagi menentukan perkara itu.

Cadangan itu dikritik masyarakat sivil dan Suhakam yang menyifatkannya regresif serta akan menimbulkan “masalah dari segi kelulusan”.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, pintu kewarganegaraan bagi anak terdampar tidak akan ditutup, selagi kelahiran mereka segera didaftarkan apabila ditemui.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo