NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR ada mekanisma halang ‘kuda Trojan’, kata Fahmi

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata parti itu mempunyai mekanisme sendiri untuk menyaring permohonan keahlian. 


CYBERJAYA: PKR ada mekanisma sendiri untuk menyaring dan menghalang “kuda Trojan” daripada menyertai parti itu, Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil.

Menjawab gesaan pemimpin PKR Hassan Karim, supaya parti itu berhati-hati dalam menerima “pemimpin besar”, Fahmi berkata PKR sudah ada sistem untuk menyaring permohonan keahlian parti.

Katanya, sebelum ini memang ada pihak yang memohon (untuk menjadi ahli) tetapi selepas disaring dan diteliti permohonan mereka ditangguhkan.

“PKR memang parti terbuka tetapi kita ada mekanisme untuk pastikan tiada ‘kuda Trojan’ atau pihak yang mendatangkan kemudaratan (daripada menjadi ahli parti),” katanya dalam satu sidang media.

Terbaru hari ini, Hassan menggesa PKR berhati-hati dalam menerima pemimpin yang berpaling tadah daripada parti lain, dan berkata parti pimpinan Anwar Ibrahim mesti melindungi imejnya yang bersih.

Hassan berkata, beliau mengalu-alukan ahli dan pemimpin parti lain menyertai PKR dengan syarat mereka jujur dalam menerima prinsip dan cita-cita komponen Pakatan Harapan.

Beliau mengulas laporan FMT yang memetik sumber sebagai berkata ratusan ahli akar umbi Bersatu bersedia menyertai PKR atas pelbagai sebab, termasuk ketidakupayaan untuk memajukan kerjaya politik mereka dalam parti berasaskan Melayu itu.

Terbaru, bekas ahli Bersatu yang menyertai PKR baru-baru ini termasuk bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Faiz Na’aman dan bekas Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo