NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mereka yang mengajak orang awam boikot KK Mart perlu bertanggungjawab redakan keadaan - Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail menyeru orang ramai agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes bom petrol dilempar ke KK Mart.


PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa pihak yang mendorong pemboikotan KK Mart bertanggungjawab meredakan keadaan dan berhenti membakar sentimen orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata walaupun gesaan memboikot sesuatu jenama tidak salah di sisi undang-undang, tetapi tindakan menceroboh dan cuba membakar premis KK Mart ialah suatu kesalahan.

“Perbuatan ini boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa,” katanya tanpa menamakan pihak yang menggerakkan boikot itu.

Beliau berkata demikian susulan kejadian sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart, iaitu di Sungai Isap, Kuantan, dilempar bom petrol awal pagi tadi.

Empat hari sebelum itu cawangan KK Mart di Bidor, Perak turut dilempar bom petrol.

Kejadian berlaku dua minggu selepas kontroversi penularan beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah dikatakan dijual di cawangan KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial, sekali gus mencetuskan kemarahan umat Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.

Selasa lepas, pengasas KK Mart dan isterinya, serta tiga pengarah syarikat mengedar stoking itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan melukakan perasaan agama orang lain.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, orang ramai perlu memberi ruang dan kepercayaan sepenuhnya kepada polis untuk mengesan, menangkap dan menyiasat individu yang terlibat.

“Biar proses undang-undang berjalan demi keamanan, ketenteraman rakyat dan negara,” katanya.

“Saya yakin rakyat terbanyak adalah kalangan yang cintakan keamanan. Mari kita bersama-sama menolak dan mengutuk keras perbuatan keganasan seumpama ini.”


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo