NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Boikot secara matang, Akmal kecam KK Mart dibaling bom petrol

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata  ada ‘segelintir pihak’ mengaitkan kempen boikot dengan isu perkauman sehingga mencetuskan bibit-bibit keganasan. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Pemuda Umno mengecam tindakan membaling ‘molotov cocktail’ di kedai serbaneka KK Mart Kuantan, sambil menasihati pihak memboikot melakukan protes itu secara matang.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata siasatan segera perlu dijalankan dan pelaku wajar dikenakan hukuman tegas.

“Kita mohon pihak polis siasat dan beri hukuman yang keras kepada pelaku ini. Hari ini, kita jangan buat satu andaian sebab kita pun tak tahu siapa yang buat. Mungkin boleh jadi ‘orang A’ atau ‘orang B’.

“Jadi, andaian yang berlaku ini perlulah disiasat dan kalau ada kebenaran, kita minta pihak polis siasat dan kita kenakan hukuman tanpa kompromi kepada sesiapa sekali pun,” katanya kepada Astro Awani.

Dalam kejadian pada 5.14 pagi tadi, sebuah cawangan KK Mart cawangan Sungai Isap, Kuantan, dibaling bom petrol di pintu masuk (karpet) kedai serbaneka itu.

Ia insiden kedua selepas KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol, pada 25 Mac.

Dalam masa sama, Akmal berharap mana-mana pihak menyertai kempen boikot KK Mart agar melakukannya secara matang tanpa sebarang keganasan.

Beliau juga percaya, ada segelintir pihak mengaitkan kempen boikot tersebut dengan isu perkauman sehingga mencetuskan bibit-bibit keganasan.

“Kita melihat ini juga ini merupakan satu perkara yang salah. Kalau nak kempen boikot tak salah seperti mana kita boikot produk-produk Israel yang lain tetapi sepanjang kita boikot (produk Israel), saya rasa tidak nampak orang Islam dan Melayu yang nak pergi bakar McDonald’s atau Starbuck.

“Saya percaya isu yang berlaku ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas perkara itu sendiri. (Tetapi) Jangan buat andaian dulu,” katanya lagi.

Beliau menambah, umat Islam dan Melayu juga cukup bijak untuk melakukan kempen boikot secara aman.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menggesa pihak yang mendorong pemboikotan KK Mart bertanggungjawab meredakan keadaan dan berhenti membakar sentimen orang ramai.

Dalam kenyataan, beliau berkata walaupun gesaan memboikot sesuatu jenama tidak salah di sisi undang-undang, tetapi tindakan menceroboh dan cuba membakar premis KK Mart ialah suatu kesalahan.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo