NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH minta jawatan ahli majlis, ketua kampung daripada BN Johor

Aminolhuda Hassan berkata hakikat BN menerajui Johor sebelum penubuhan kerajaan perpaduan di Putrajaya bukan alasan untuk mengetepikan Adun PH daripada jawatan exco negeri. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor berharap rakan kerjasamanya daripada Barisan Nasional (BN) akan menawarkan jawatan ahli majlis dan ketua kampung bagi memantapkan kerjasama mereka di peringkat negeri.

Timbalan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata langkah itu dapat meningkatkan kerjasama antara PH dan BN di negeri berkenaan.

“Walaupun Amanah hanya mempunyai satu kerusi DUN, namun DAP dan PKR juga mempunyai beberapa kerusi DUN. Jadi sekiranya PH dilibatkan dalam barisan exco, itu adalah semangat setia kawan terbaik.

“Sungguhpun begitu, apabila keputusan telah dibuat, kita terima, namun perkara tersebut menyebabkan cakap-cakap dalam kalangan ahli akar umbi. Jadi pandangan saya untuk memantapkan kerjasama PH dan BN Johor seperti di peringkat pusat, boleh ambil lantikan bagi jawatan ahli majlis dan juga ketua kampung.

“Sekiranya itu dapat dilakukan, ia akan memberikan gambaran bahawa wujudnya gabungan yang mantap bagi kerajaan Madani di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Amanah Johor, menurut Utusan Malaysia.

FMT yang memetik penganalisis sebelum ini melaporkan ketiadaan wakil PH dalam rombakan terbaharu exco Johor memperlihat “tiada kesatuan” antara gabungan itu dengan BN negeri.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, tindakan Umno Johor tidak menyenaraikan Adun PH “mengejutkan”, mengambil kira PH Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing melantik wakil BN sebagai exco.

Sementara itu, Aminolhuda yang juga pengerusi Amanah Johor berkata, penubuhan kerajaan negeri sebelum PRU15 iaitu sebelum wujudnya gabungan kerajaan perpaduan tidak seharusnya dijadikan alasan.

“Kerajaan negeri Melaka misalnya turut ditubuhkan sebelum PRU15, namun apabila berlaku rombakan, mereka melibatkan wakil daripada PH negeri itu. Itu adalah senario terbaik dalam menunjukkan bahawa terdapat gabungan kerjasama mantap di peringkat negeri berkenaan,” katanya.

Manakala Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad, pula berkata BN Johor perlu mengambil kira impak kepada keputusan tersebut menjelang PRU16 akan datang.

“Mengambil maklum keputusan PRN enam negeri sebelum ini, khususnya kawasan melibatkan majoriti Melayu, kita perlu bersedia berdepan situasi berkenaan dalam pilihan raya akan datang di negeri ini.

“Adakah kita akan berdepan pilihan raya sebagai satu gabungan atau atas tiket masing-masing, jika berlaku pertarungan tiga penjuru, keputusan PRN enam negeri perlu dipertimbangkan bermula sekarang.

“Jika kerjasama erat masih tiada sehingga Parlimen atau DUN Johor dibubarkan, dan masa itu baharu hendak bekerjasama, saya bimbang ketika itu sudah terlewat,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo