NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas menghormati keputusan Lembaga Pengampunan babit Najib, kata Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan untuk memendekkan hukuman penjara dan mengurangkan denda Najib Razak.



PETALING JAYA: PAS menghormati keputusan Lembaga Pengampunan untuk memendekkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun serta denda RM50 juta membabitkan Najib Razak, yang harus dihormati semua pihak.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan tersebut harus diterima walaupun sukar untuk diterima oleh keluarga dan penyokong bekas perdana menteri itu.

“Ia menamatkan pelbagai spekulasi sebelum ini walaupun keluarga dan penyokong berharap kebeban penuh diberi seperti Anwar Ibrahim,” katanya kepada FMT.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris turut senada dengan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) itu.

“Saya tidak ada apa-apa halangan sebab itu urusan mahkamah, urusan Agong dan Najib sudah didapati bersalah,” katanya.

Beliau yang juga exco Terengganu menyatakan tiada masalah buat PN untuk bekerjasama dengan bekas presiden Umno itu selepas dibebaskan pada Ogos 2028.

“Jika (Najib tamat hukuman penjara 2028) bebas…habislah. Jadi kita tak ada masalah,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo