NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar gesa rakyat hormati proses pengampunan Najib

Anwar Ibrahim berkata keputusan membabitkan Najib Razak telah dibuat Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.


PETALING JAYA: Perdana Menteri menggesa semua pihak menghormati proses pengampunan yang telah diberikan kepada Najib Razak, menyaksikan hukuman penjara dikurangkan kepada enam tahun selain denda RM50 juta.

Anwar berkata ini kerana keputusan membabitkan bekas perdana menteri itu telah dibuat Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.

“Najib berhak sekali lagi merayu kepada Yang di-Pertuan Agong baharu.

“Saya rasa proses itu perlu dihormati,” katanya dalam temubual bersama Al Jazeera.

Anwar juga berkata setiap rakyat mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Agong.

“Apa sahaja yang dirasakan, sudah tentu ia sangat politik, ada yang menyokong, ada yang tidak.

“Tetapi mereka tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa anda mesti menghormati hak setiap orang yang disabitkan kesalahan untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan,” katanya yang pernah mendapat pengampunan pada 2018.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

Hari ini, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan mengumumkan tempoh hukuman penjara Najib dipendekkan separuh daripada 12 tahun, begitu juga denda yang asalnya bernilai RM210 juta.

Berdasarkan keputusan itu, bekas presiden Umno itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, bagaimanapun jika gagal membayar denda baharu itu tempoh pembebasannya dilanjutkan setahun kemudiannya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo