NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib ‘sangat, sangat kecewa’, dakwa Nooryana



PETALING JAYA: Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa berkata bapanya “sangat, sangat kecewa” dengan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak memberikan pengampunan penuh.

Beliau berkata demikian dalam catatan di Instagram selepas melawat Najib di penjara semalam.

Katanya, beliau bertanyakan perasaan bekas perdana menteri itu selepas menerima keputusan Lembaga Pengampunan.

“Daddy jawab, disappointed, very very disappointed. Perasaan paling teruk adalah ketika dalam keadaan terkejut, tiada seorang pun di sisi yang kita boleh beritahu. Anda mengelamun bersendirian.”

Najib dan keluarganya sering mendakwa beliau tidak bersalah.

Beliau berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Nooryana berkata, beliau ternampak “keletihan di mata bapanya” kerana perlu dipenjara empat hingga lima tahun lagi.

“Yana lihat matanya agak letih. Mungkin Daddy tak cukup tidur, merenung keputusan yang diumumkan semalam (Jumaat).”

Beliau berkata, bapanya menunggu keputusan itu dengan penuh harapan agar dibebaskan.

“Semua di sekeliling daddy memberi kata-kata semangat ‘Insya Allah Datuk, sikit masa saja lagi’.”

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, selepas hukuman penjara 12 tahunnya dipendekkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo