NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis pemulihan diperlukan tangani isu ekonomi, kata Rafidah



PETALING JAYA: Rafidah Aziz menggesa perdana menteri menubuhkan majlis pemulihan negara bagi menangani isu ekonomi yang memberi kesan buruk kepada rakyat setiap hari.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad itu menyifatkan kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan hutang awam yang melonjak sebagai tidak boleh dipertahankan.

Bagi menunjukkan kesungguhan dalam menangani isu tersebut, beliau berkata Anwar Ibrahim perlu mempengerusikan majlis berkenaan dengan mengadakan perbincangan setiap hari dan mengambil tindakan segera menanganinya.

Rafidah mencadangkan pakar ekonomi dan wakil sektor swasta, ahli akademik serta masyarakat sivil dilibatkan kerana kerajaan dilihat tidak mampu menangani cabaran ekonomi.

“Ia mesti segera tangani kehilangan daya saing Malaysia dalam beberapa bidang, juga terdapat kekurangan analisis terperinci statistik ekonomi terutama dalam konteks pelaburan dan perdagangan, yang tidak memberikan gambaran sebenar.

“Sudah tentu ia bukan politik apabila kumpulan pengguna dan pihak lain yang prihatin membangkitkan isu ini,” katanya dalam catatan di media sosial.

Rafidah yang digelar “wanita besi” ketika dalam Jemaah Menteri tiga dekad lalu berkata, penting untuk pihak berkuasa mempertimbangkan dengan serius semua kebimbangan yang dibangkitkan dan segera mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Beliau berkata, bagi kebanyakan rakyat kenaikan kos sara hidup adalah nyata dan membingungkan, sambil menambah ia boleh menjadi satu perjuangan dalam kehidupan seharian.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo