NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hormati keputusan Lembaga Pengampunan Diraja, MCMC bakal ambil tindakan



KUANTAN – Keputusan Lembaga Pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya dihormati dan tidak terus dipersoal.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang tidak boleh dipersoal di mahkamah.

“Kalau di mahkamah tidak boleh dipersoal (keputusan Lembaga Pengampunan), saya pohon supaya kita hormat keputusan ini. 

“Saya percaya di pihak kerajaan, kita ambil maklum reaksi banyak pihak sama ada yang setuju, atau yang tak setuju. Cuma kita pohon semua untuk menghormati, kerana ini adalah kuasa Tuanku,” katanya.

Beliau mengulas reaksi pelbagai pihak berhubung pengurangan hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri itu di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh di sini hari ini.

Fahmi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terlanjur memberikan pandangan terhadap isu tersebut sehingga menyentuh isu berkaitan 3R.

“Janganlah kita sehingga berlaku perlanggaran undang-undang, adab, tatasusila dan jangan menyentuh isu 3R.


“Sekiranya kita terlanjur dalam beberapa komen, tindakan boleh diambil oleh pihak polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ada beberapa tindakan boleh diambil,” katanya.

Semalam, Urus Setia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memaklumkan  hukuman penjara bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikurangkan daripada 12 tahun ke enam tahun selain denda berjumlah RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Najib dipenjarakan sejak Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicarakan mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negerinya. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo