NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno sah tolak kerusi ahli majlis PBT Selangor, kata Zahid

Zahid Hamidi berkata tidak timbul soal pemimpin Umno Selangor berkecil hati dengan jumlah jawatan ahli majlis PBT. 


PUTRAJAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan parti itu menolak 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ditawarkan kerajaan Selangor.

Zahid berkata beliau menghormati keputusan disampaikan kepadanya dalam mesyuarat bersama Umno Selangor malam tadi, sambil menegaskan tidak timbul soal berkecil hati.


Timbalan perdana menteri berkata antara alasan penolakan itu kerana ada beberapa pemimpin Umno bahagian yang tidak dapat dilantik sebagai ahli majlis PBT.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini, kami ada 22 ketua bahagian jadi kalau ada yang dapat, ada yang tidak dapat (dilantik)… lebih baik semua tidak dapat.


“Kita serah kepada kerajaan perpaduan Selangor di bawah kepimpinan (Menteri Besar) Amirudin (Shari) untuk bersama kami, walaupun di luar PBT kami tetap sokong (kerajaan negeri),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa keselamatan jalan raya dan sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia.

Sabtu lalu, Umno Selangor memutuskan mengembalikan semula kuota kerusi ahli majlis PBT kepada kerajaan negeri, namun pada masa sama menuntut 373 jawatan pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK).

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.


Beliau menegaskan ini kerana kuota diperuntuk kepada Umno hanya 7% daripada 288 kerusi ahli majlis membabitkan 12 PBT.

Umno dan PH bekerjasama di Selangor susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan. Pada PRN Ogos lalu, gabungan itu menang 34 daripada 56 kerusi yang menyaksikan Amirudin Shari kekal sebagai menteri besar.

Umno yang menang dua kerusi iaitu di Dusun Tua dan Sungai Air Tawar diperuntuk satu kerusi exco, menyaksikannya kembali menganggotai pentadbiran Selangor selepas tewas pada PRU 2008.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo