NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuduhan PN rasuah Agong RM1 bilion keterlaluan, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin berkata peruntukan Perlembagaan mesti dipatuhi dalam menentukan pembentukan atau pertukaran kerajaan.


PETALING JAYA: Tuduhan Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah fitnah melulu yang jelik, keterlaluan dan tidak masuk akal, kata Muhyiddin Yassin.

“Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Laporan polis telah dibuat oleh Hamzah Zainudin selaku ketua pembangkang dan setiausaha agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya pengerusi PN dalam kenyataan.

Muhyiddin menegaskan, wujud peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan perdana menteri mahupun pembentukan kerajaan.

“Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab perdana menteri meletakkan jawatan.

“Peruntukan Perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan bahawa Hamzah menjadi dalang di sebalik cubaan memberi rasuah itu.

Dakwaan yang disiarkan sebuah blog mendakwa, Hamzah menyediakan dana berjumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan, supaya menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

Terdahulu, timbul spekulasi “Langkah Dubai”, merujuk kepada perbincangan didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo