NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu murtad perlu ditentukan Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil – Mufti Pahang



  • Tindakan mengeluarkan seseorang daripada Islam (memurtadkan) harus melalui Mahkamah Syariah bukan melalui Mahkamah Sivil supaya tidak berlaku percanggahan dengan syarak, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 
  • Abdul Rahman berkata ini kerana Mahkamah Syariah akan merujuk kepada hukum-hakam agama, perbuatan, pemberian nasihat dan sebagainya sebelum tindakan mengeluarkan seseorang daripada Islam itu diputuskan. 
  • “Dia tak boleh kita terus isytiharkan gitu, makna bercanggah dengan syarak. Sedangkan dia tak murtad, dia masih mengaku Islam, macam mana?
  • “Sebab tu orang yang murtad, dia perginya sendiri yang bercakap, atau perbuatannya murtad, baru boleh murtad. Kalau tidak, tak boleh. Dia masih Islam. 
  • “Kalau dia (orang Islam yang dimurtadkan) kekal Islam, sehingga mati, dia dikebumikan, diuruskan mengikut Islam. Sebab tu, hal-hal, hukum-hakam yang berkait dengan Islam, yang tidak ada kuasa diberikan oleh syarak, dia tak boleh membuat suatu keputusan itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
  • Beliau mengulas berhubung status agama dan tindakan yang perlu dilakukan penganut Islam dalam mendepani isu berkaitan kanak-kanak bukan Muslim yang telah diislamkan, namun dimurtadkan kembali oleh Mahkamah Sivil. 
  • Abdul Rahman berkata umat Islam bertanggungjawab menjaga dan mempertahankan kanak-kanak yang dimurtadkan tetapi masih mengamalkan ajaran Islam kerana sekiranya dibiarkan, ia dikhuatiri membawa kepada dosa. 

KUALA LUMPUR – Tindakan mengeluarkan seseorang daripada Islam (memurtadkan) harus melalui Mahkamah Syariah bukan melalui Mahkamah Sivil supaya tidak berlaku percanggahan dengan syarak, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 

Abdul Rahman berkata ini kerana Mahkamah Syariah akan merujuk kepada hukum-hakam agama, perbuatan, pemberian nasihat dan sebagainya sebelum tindakan mengeluarkan seseorang daripada Islam itu diputuskan. 

“Dia tak boleh kita terus isytiharkan gitu (pembatalan status Islam), makna bercanggah dengan syarak. Sedangkan dia tak murtad, dia masih mengaku Islam, macam mana?

“Sebab tu orang yang murtad, dia perginya sendiri yang bercakap, atau perbuatannya murtad, baru boleh murtad. Kalau tidak, tak boleh. Dia masih Islam. 

“Kalau dia (orang Islam yang dimurtadkan) kekal Islam, sehingga mati, dia dikebumikan, diuruskan mengikut Islam. Sebab tu, hal-hal, hukum-hakam yang berkait dengan Islam, yang tidak ada kuasa diberikan oleh syarak, dia tak boleh membuat suatu keputusan itu.

“Kena ubah undang-undang, pinda undang-undang dan Mahkamah Sivil kena hormat dengan Mahkamah Syariah. Bukan dia yang jatuhkan (murtad). Murtad ni bukan (bidang kuasa) Mahkamah Sivil,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini. 

Beliau mengulas berhubung status agama dan tindakan yang perlu dilakukan penganut Islam dalam mendepani isu berkaitan kanak-kanak bukan Muslim yang telah diislamkan, namun dimurtadkan kembali oleh Mahkamah Sivil. 

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata umat Islam bertanggungjawab menjaga dan mempertahankan kanak-kanak yang dimurtadkan tetapi masih mengamalkan ajaran Islam kerana sekiranya dibiarkan, ia dikhuatiri membawa kepada dosa. 

“Kita kena pertahankan. Umat Islam kena pertahankan, jaga anak (kanak-kanak dimurtadkan tetapi masih mengamalkan ajaran Islam) ini. Kalau kita biarkan, seluruh umat Islam berdosa. 

“Kenapa kena biarkan? Itu tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab penjaga. Kalau ibu bapa dan penjaga tak boleh, diserahkan kepada Majlis Agama Islam ke, orang yang berautoriti untuk menjaga,” katanya.  

Mufti Pahang itu menegaskan kuasa menentukan keputusan berkaitan isu murtad perlu dikembalikan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. — The Merdeka Times



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo