NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH di‘Umno’kan Zahid

PH di‘Umno’kan Zahid

Bandingan orang tua-tua dahulu, jika terlalu takutkan hantu, buah nangka bersarung pun mereka kata hantu. Takut dengan bayang-bayang sendiri di mana bila dia berjalan, dia terasa bayang itu mengekorinya. Walaupun dalam politik sikap berwaspada itu penting, tetapi ia mesti dikawal supaya tidak menjadi paranoid yang melampau.

Akibat daripada ketakutan itu, mereka mula menjadi serba tidak kena. Maka timbullah cadangan atau usaha yang gila daripada minda yang sudah tidak waras. Ini semua kerana mereka takut dosa mereka akan dihukum di dunia ini. Sedang dalam masa yang sama, mereka langsung tidak bimbang dengan azab Allah di akhirat nanti. Jadilah mereka pemuja Machiavelly. Semuanya boleh asal capai matlamat.

Zahid telah mengajak Umno untuk menekan Ismail Sabri sewaktu beliau menjadi PM agar disegerakan PRU pada tahun 2022. Dengan desakan pimpinan Umno di peringkat tertinggi, Ismail Sabri akhirnya tunduk dan mengumumkan PRU pada bulan November 2022 yang berisiko diadakan dalam waktu banjir. Tiada pula idea untuk mengekalkan pemerintahan Ismail Sabri. Sedangkan Umno menguasai kerajaan.

Pada tahun 2020, wajah Zahid antara wajah yang didapati tersenyum lebar hasil daripada kejayaan berpakat dengan PN menjatuhkan PH waktu itu. Beliau menyokong PN mungkin kerana ketakutan dengan ugutan PH yang secara jelas mahu memenjarakan pemimpin Umno, tetapi tiada pula mereka mengugut Tun Mahathir untuk dibicarakan walaupun sejak berpuluh tahun menuduh Tun sebagai Maha Firaun.

Setelah merasa lega dengan pertukaran kerajaan itu, Zahid kembali merasa rimas kerana beliau tidak disenaraikan untuk dilantik menjadi menteri. Malah beliau direhatkan oleh PN kerana mempunyai kes. Dengan menggunakan kuasanya yang ada, Umno berjaya menukar PM daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Ismail Sabri. Pun begitu, Zahid masih gagal mendapat tempat untuk menjadi wazir.

Setelah ligat berfikir, Zahid telah berpakat dengan PH sebelum PRU15, menurut pengakuan Raja Bahrin bagi menjadi kerajaan bersama. Pilihan rakyat bercampur-campur, tetapi telah banyak undi yang lari kepada PN. Dan hasil khianatnya Zahid kepada ahli Umno dengan janji No DAP no Anwar, maka Zahid dan cikgunya Anwar, tersenyum sambil bersalaman selepas bersetuju menjadi kerajaan.

Zahid mencapai cita-citanya bukan sahaja untuk menjadi menteri dan kekal sebagai Presiden Umno, malah berjaya membuang semua calon yang dianggap boleh mencabar beliau di pemilihan parti. Laba tambahan yang Zahid perolehi ialah kes beliau tidak diteruskan oleh pihak pendakwa. Jadilah beliau pesalah yang dilepaskan tanpa dibebaskan. Pasport beliau dikembalikan.

Sekarang, setelah melihat keadaan menjadi ancaman kepada beliau, Zahid muncul dengan idea bagi mengekalkan kerajaan yang ada dengan beliau mahu mencadangkan agar parlimen meluluskan akta berkaitannya. PH yang menjadi dungu, tiba-tiba juga melompat bersetuju sedangkan dahulu, merekalah juara dalam percaturan menggulingkan kerajaan. Secara mudah ia berlaku kerana apbila kepentingan Zahid terancam, maka sokongan kepada PH juga terancam dan kerajaan akan jatuh.

Teringat kisah seorang ahli ibadat Bani Israel yang mana beliau digoda oleh syaitan untuk merogol seorang gadis yang diamanahkan oleh abang-abang beliau untuk dijaga. Syaitan kemudiannya datang dalam mimpi abang gadis itu dan memberikan tanda yang adiknya dibunuh oleh si abid tadi. Abid itu kemudian ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Syaitan datang lagi menyuruh si abid tadi sujud kepadanya jika mahu selamat. Sebaik sahaja si abid sujud, syaitan berkata aku berlepas diri.

Habis semua jadi haram bila mereka yang kena. Zahid berjaya memperdaya PH dan secuit dua pimpinan Umno panik bersamanya setelah beliau memperbodohkan ahlinya sendiri. Bukan itu sahaja, penyokong PH juga turut mempertahankan Zahid habis-habisan. Jadi semuanya bermula daripada usikan nakal PN kepada PH yang menyebabkan seluruh jentera dan kepimpinan PH menjadi cemas. Semua butang mereka tekan kerana ketakutan langkah akan menjadi nyata.

Nak selamatkan siapa sebenarnya? Umno, PH, Zahid ataupun Anwar? 

15 Januari 2024

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo