NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh dulu pencen wakil rakyat, kata Pemuda Umno

Akmal Saleh dan Ling Tian Soon senada mahu kerajaan mengkaji semula pencen untuk wakil rakyat terlebih dahulu.



PETALING JAYA: Cadangan pemansuhan skim pencen wajar dimulakan dalam kalangan wakil rakyat, bukannya penjawat awam, kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.

Akmal yang juga exco Melaka berkata tidak wajar wakil rakyat terus menerima pencen sedangkan skim itu dimansuhkan untuk kumpulan penjawat awam.

“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini, tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu.

“Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka, tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati, tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat,” katanya di Facebook.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen di mana kumpulan penjawat awam itu akan mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam satu pekeliling berkata, inisiatif kaedah baharu itu yang dalam fasa pindaan undang-undang berkaitan dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka panjang.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon menyokong kajian semula sistem pencen penjawat awam namun mahu ‘layanan sama’ terhadap ahli Jemaah Menteri dan wakil rakyat.

Beliau juga menegaskan kerajaan dalam melaksanakan dasar pengambilan baharu penjawat awam yang tepat bagi menarik dan mengekalkan bakat untuk memastikan perkhidmatan pada tahap terbaik.

Menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237), Ahli Parlimen layak menerima pencen apabila berkhidmat sekurang-kurangnya 36 bulan dan akan menerimanya selepas mencecah usia 50 tahun.

Berdasarkan akta itu juga, layak menerima tiga per lima, atau 60 peratus, daripada gaji mereka.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo