NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keadaan TGHH stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat – Anak



KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.

Anak Abdul Hadi Dr Muhammad Khalil berkata ayahnya kini dalam pemerhatian pihak IJN dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

“(Keadaan Abdul Hadi) Stabil dan dalam pemerhatian IJN. Setelah berbincang dengan IJN, dinasihatkan  Tuan Guru tidak menerima pelawat. Insya-Allah akan keluar wad dalam masa terdekat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu itu, ketika dihubungi Bernama.

Dilaporkan Abdul Hadi yang berumur 76 tahun, menerima rawatan di IJN sejak 1 Jan lepas.- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo