NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanding pemilihan Amanah, Mazlan kembali ke arena politik

Mazlan Aliman melepaskan jawatan AJK Amanah pada 2020.


PETALING JAYA: Selepas lima tahun ‘senyap’ daripada arena politik, Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kembali dengan bertanding merebut satu daripada 27 kerusi ahli jawatankuasa (AJK) Amanah sesi 2023 hingga 2026.

Bekas pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mengumumkan beliau bersetuju menerima pencalonan pada pemilihan sempena Konvensyen Nasional Amanah, Ahad ini.

Mazlan berkata misinya kali ini untuk mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan Felda, seperti PRU14.

“Setelah ‘menyepikan diri’ dalam aktiviti politik dan fokus kepada NGO, sudah sampai masanya untuk kembali aktif dalam politik demi khidmat bakti buat agama, bangsa dan negara.

“Sebagai salah seorang pengasas Amanah, saya merasakan isu pertanian dan Felda yang saya dan rakan-rakan perjuangkan lebih 30 tahun mesti disegarkan semula,” kata bekas AJK Pusat Amanah itu.

Mazlan aktif dalam gerakan Anak yang memperjuangkan isu membabitkan kepentingan dan kebajikan peneroka Felda.

Beliau kemudian dilantik pengerusi LPP pada Okt 2018 hingga Apr 2020, selepas Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan.

Ketika itu, Mazlan turut melepas jawatan sebagai AJK Pusat Amanah dan menumpukan kepada kegiatan NGO.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo