NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pencuri tabung masjid bukan bekas pemimpin Pemuda PAS, PAS bakal saman ‘Mak Bedak’

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata hasil semakannya dengan ahli parti setempat mendapati pencuri itu tiada kaitan dengan PAS.



PETALING JAYA: Pemuda PAS menafikan dakwaan di media sosial bahawa seorang lelaki mencuri dari sebuah masjid di Tumpat, Kelantan semalam ialah bekas pemimpin sayap itu.

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata hasil semakannya dengan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Kamal Mohamed mendapati pencuri terbabit tidak pernah dilantik sebagai ketua Pemuda.

“Ini tiada kaitan dengan PAS. Jika dia bersalah, dia patut dihukum,” katanya kepada FMT.

Afnan membalas dakwaan pempengaruh pro-kerajaan @lady_bugg11 di aplikasi X bahawa pencuri itu ialah bekas ketua Pemuda PAS.

Afnan berkata parti itu sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung kemungkinan mengambil tindakan terhadap pempengaruh itu atas dakwaan terbabit.


Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo