NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan DAP bakal heret rakyat ke kancah perbalahan



KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Sebaliknya, kata beliau, semua pihak perlu menangani ekonomi rakyat dan memakmurkan negara.

Tegasnya lagi, rakyat tidak perlu terus diheret ke kancah perbalahan dan perpolitikkan yang tidak berkesudahan.

Ahad lalu, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan diadakan pilihan raya PBT bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Beliau menegaskan desakan secara konsisten parti itu supaya memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan campur tangan politik dalam pentadbiran Kuala Lumpur.

Namun cadangaan Kok Wai dikritik oleh beberapa pemimpin politik UMNO dan Barisan Nasional serta pembangkang. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo