NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular



Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas ketua pengarahnya, mengesahkan identiti ‘Mr H’ kepada polis, hari ini.

‘Mr H’ didakwa menjadi dalang penularan dalam rakaman video tular perbualan lucah antara Wahab dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada pihak polis pada jam 11 pagi sehingga 2.30 petang tadi.

“Kita mengesahkan orang sama (Mr H) iaitu seorang pegawai di J-KOM, pada saya ia sudah selesai, jadi kita serahkan kepada polis.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr H,” katanya dipetik laporan BH.

Menurutnya, kesihatan anak guamnya itu juga masih tidak stabil dan bergantung kepada ubat.

“Sepatutnya Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berkenaan Mr H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.

“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan namun kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan menerima rawatan.

Susulan itu, individu berkenaan terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis bagi memberi keterangan.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang media di sebuah hotel di Bangi mendakwa tindakannya merakam video yang mengandungi perbualan berunsur lucah bersama Agus, didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo