NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serangan udara Israel ragut nyawa keluarga jurugambar Anadolu

Serangan udara Israel ke atas Gaza pada malam Sabtu telah meragut nyawa empat kanak-kanak dan tiga anggota keluarga seorang jurugambar Agensi Anadolu. - Foto Anadolu.


GAZA - Serangan udara Israel ke atas Gaza pada malam Sabtu telah meragut nyawa empat kanak-kanak dan tiga anggota keluarga seorang jurugambar Agensi Anadolu.

Muhammed Alaloul, seorang wartawan bebas bagi Agensi Anadolu, juga menyaksikan isteri, ibu dan bapanya serta seorang kanak-kanak lain cedera dalam kejadian itu.

Serangan terbabit telah memusnahkan kediaman Alaloul, yang terletak di tengah-tengah kem pelarian al-Maghazi di Gaza.

Isteri Alaloul kini dilapor dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi. - Bernama.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo