NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasukan perubatan bantuan akan dihantar ke Palestin, kata KKM

Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan bersesuaian kerana dijangka terlibat merawat mangsa peperangan. (Gambar Bernama)


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.

KKM dalam kenyataan memaklumkan penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan itu.

Menurut kenyataan itu penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan,” menurutnya.

Sementara itu, KKM berkata penghantaran alat guna habis “consumables” dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 Nov, masing-masing sebanyak 20 tan.

Menurut KKM penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan NGO dan KLN.

Bantuan tersebut meliputi alat-alat consumable seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri, dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan dan ubat-ubatan bersesuaian.

Kementerian itu memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.

KKM turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.

Menurut KKM ia perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera.

Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada 35 hospital di Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha pemulihan, selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital yang masih beroperasi.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo