NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paras sungai di Johor dan Terengganu lepas tahap bahaya



Paras air sungai di dua kawasan masing-masing di Johor dan Terengganu sudah melepasi tahap bahaya sejak jam 7 petang tadi.

Orang ramai dinasihati untuk bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir ekoran kenaikan paras sungai di beberapa kawasan sekitar Johor dan Terengganu.

Kawasan itu adalah Sungai Benut di Simpang Renggam, Kuang, Johor manakala di Terengganu pula di Parit Utama, Padang Kemunting, Kuala Nerus.

Di Terengganu, empat kawasan berada di tahap amaran dan waspada iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang dan Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu.

Setakat jam 8 malam tadi, seramai 3,203 mangsa banjir dipindahkan membabitkan tiga buah negeri iaitu, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Ia membabitkan 863 keluarga dengan 30 pusat pemindahan banjir dibuka.

Di Perak sahaja, seramai 39 mangsa di satu pusat pemindahan banjir manakala di Terengganu pula, sejumlah 2,848 mangsa ditempatkan di 24 pusat dan 316 di lima pusat di Kelantan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo