NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasib MCA lebih teruk jika keluar BN, kata penganalisis

Pemerhati berpendapat MCA yang hanya mempunyai dua kerusi Parlimen serta sebilangan kecil Adun tidak mempunyai kekuatan untuk bersendirian. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: MCA perlu kekal bersama Barisan Nasional (BN) kerana tidak mempunyai masa bermula dari bawah jika ingin bergerak secara solo pada PRU16, kata penganalisis politik.

Pemerhati berpendapat MCA yang hanya mempunyai dua kerusi Parlimen (Ayer Hitam dan Tanjung Piai) serta sebilangan kecil Adun tidak mempunyai kekuatan untuk bersendirian, malah dibimbangi mengalami nasib lebih buruk.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berpendapat dalam keadaan sekarang MCA dilihat tidak selesa berada dalam BN kerana kerjasama Umno dan DAP di bawah kerajaan perpaduan.

Azmi Hassan.

“Duduk dalam BN namun tidak diambil endah, (tetapi) kalau keluar pun akan jadi lebih teruk lagi kerana akan gagal meraih simpati pengundi bukan Melayu dalam tahap ini.

“MCA perlu bekerja keras bukan di luar lingkungan tetapi kekal dalam BN,” katanya kepada FMT sambil mengingatkan kemenangan parti itu pada PRU14 dan PRU15 kerana sokongan ahli Umno.

Bulan lalu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu sedia bergerak solo jika mana-mana parti dalam BN memutuskan secara rasmi menjalin hubungan baharu dan meninggalkan sekutu sedia ada.

Beliau berkata, partinya bersedia untuk “bebas” walaupun ini bermakna perlu bermula daripada bawah.

Sementara itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berpendapat MCA perlu memenangi beberapa kerusi lagi sebelum mengeluarkan kenyataan “sedia melakar hala tujunya sendiri”.

“Boleh dikatakan hampir sifar,” katanya mengulas peratus survival politik MCA jika parti itu mahu bergerak solo.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo