NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu



Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ekoran tindakannya melanggar peraturan parti tersebut.

Iskandar Dzulkarnain sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan selepas mesyuarat Lembaga Disiplin pada Jumaat (3 Nov) memuktamadkan tindakan menggantung keahlian terhadapnya mengikut Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada YB Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, YB Datuk Iskandar Dzulkarnain digantung keahliannya berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November 2023,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar Dzulkarnain pada 12 Oktober lalu mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar.

Keputusan itu katanya dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Sementara itu, Bersatu yang bermesyuarat baru-baru ini juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo