NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran hujan berterusan tahap waspada di 4 negeri

Pahang dan Sabah diramal berdepan hujan berterusan tahap waspada bermula 17 hingga 19 Nov.



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri, bermula Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 Nov.

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 Nov.

“Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” kata kenyataan itu.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo