KUALA LUMPUR – Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa laporan polis yang dibuat terhadapnya hanyalah fitnah semata-mata.
Beliau berkata, gambar isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya tidak disunting dan ia adalah gambar asal milik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Sebenarnya laporan yang dibuat ke atas saya adalah kategori laporan palsu yang memfitnah dan memburukkan nama saya
“Saya tak sunting, atau buat sesuatu yang menyalahi undang-undang atau memberi apa-apa komen buruk terhadap gambar tersebut.
“Saya tidak sunting (gambar Wan Azizah) seperti mana mereka sebarkan dekat luar sana kata saya memfitnah, bagi kesan tak baik kepada saya.
“Sesiapa sahaja boleh lihat sendiri di wall (Instagram) Benjamin Netanyahu, gambar itu memang ada di situ,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Bukit Aman, hari ini.
Terdahulu Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengambil keterangan dan menyiasat Syarul Ema hampir tiga jam dengan ditemani peguamnya, Zaid Malek.
Syarul Ema disiasat dua kes iaitu berkaitan dengan hantarannya di akaun Instagram miliknya dan satu lagi berkenaan pembabitannya dalam himpunan aman membantah Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 25 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Syarul Ema menyifatkan laporan polis yang dibuat Ketua Wanita PKR cabang Bandar Tun Razak, Jamilah Syed Mohamed adalah satu kesilapan.
“Saya rasa sebenarnya nak buat laporan polis ke atas saya itu salah orang.
“Sepatutnya PKR kena buat laporan polis ke atas Benjamin Netanyahu, bukan saya, sebab dia yang buat (siar gambar Wan Azizah),” katanya.
Berikutan laporan palsu itu, Syarul Ema tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin PKR terbabit.
“Saya kena ambil tindakan undang-undang untuk bersihkan nama saya.
“Saya kena bincang dengan peguam saya dan saya akan maklumkan kepada media.
“Ketika ini saya telah diaibkan, saya telah dimalukan dikecam ikut ayat si polan (orang PKR), saya kena bersihkan nama saya.
“Confirm saya tak fitnah, fitnah itu dosa,” katanya.
Syarul Ema turut menyifatkan tuduhan palsu sebagai tindakan ‘koyak’ dengan hantaran yang membabitkan isteri Perdana Menteri.
“Kalau ada pihak yang koyak, jangan salahkan kami, bukan kami boleh kawal keadaan.
“Kalau sudah tahu benda itu boleh kontroversi, kena pandai-pandai lepas ini
“Sebab bila sudah jadi pemimpin, dunia akan melihat,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment