- “Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Tanpa menyebut hantaran itu ditujukan kepada siapa, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza mempersoalkan kepada siapakah ‘roket’ yang digunakan sebagai lambang parti politik itu ingin dilancarkan dan kelompok manakah individu terbabit mahu hancurkan dan letupkan.
- Menerusi hantaran berbeza, Dr Maza turut mengulas berhubung ciapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat seolah-olah menyifatkan pemakaian anak murid mengenakan serban menutup wajah dan memegang senjata mainan bersempena Minggu Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti membawa fahaman ekstremisme dan keganasan.
- “Bacalah ayat 118-120 Surah Ali ‘Imran maka kita akan faham keadaan ini. Peringatan ALLAH untuk kita. Jangan percaya kepada mulut manis yang berdusta, tapi percayalah kepada Kitab ALLAH, itulah panduan kita dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook berserta tangkap layar ciapan Kor Ming di platform X.
KUALA LUMPUR — “Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas,” demikian kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tanpa menyebut hantaran itu ditujukan kepada siapa, Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza turut mempersoalkan kepada siapakah ‘roket’ yang digunakan sebagai lambang parti politik itu ingin dilancarkan dan kelompok manakah individu terbabit mahu hancurkan dan letupkan.
“Kepada siapa kau ingin lancar roketmu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.
Menerusi hantaran berbeza, Dr Maza turut mengulas berhubung ciapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilihat seolah-olah menyifatkan pemakaian anak murid mengenakan serban menutup wajah dan memegang senjata mainan seperti membawa fahaman ekstremisme dan keganasan.
Dr Maza berkata dengan membaca surah Ali Imranayat 118 sehingga 120, maka masyarakat akan memahami situasi yang dikaitkan dengan ciapan itu.
Katanya, petikan ayat itu merupakan peringatan Allah SWT buat kelompok Muslim.
“Bacalah ayat 118-120 Surah Ali ‘Imran maka kita akan faham keadaan ini. Peringatan ALLAH untuk kita. Jangan percaya kepada mulut manis yang berdusta, tapi percayalah kepada Kitab ALLAH, itulah panduan kita dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook berserta tangkap layar ciapan Kor Ming di platform X.
Media pada Sabtu lalu melaporkan DAP terkilan dengan penganjuran program di sekolah rendah yang didakwa mengandungi unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Sehubungan itu, setiausaha agungnya Anthony Loke menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi mengelak ia berulang.
Sekumpulan tiga Ahli Parlimen dan sembilan Adun PKR turut menggesa kementerian itu mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam.
Terdahulu, KPM melarang sebarang penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sepanjang Minggu Solidariti Palestin termasuk pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti berbentuk ekstremisme dan keganasan.
KPM turut mengesahkan video tular di media sosial mengenai program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dianjurkan di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan ditetapkan kementerian. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr MAZA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment