Konvoi trak membawa bekalan bahan api memasuki Gaza pada Ahad. - Foto AFP |
GENTING GAZA - Konvoi bantuan ketiga memasuki Genting Gaza melalui lintasan sempadan Rafah pada Isnin selepas akses itu dibuka untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi menyalurkan bekalan 'nyawa sementara' buat penduduk di wilayah itu.
Menurut jurucakap Persatuan Palang Merah Mesir, lebih 12 trak menyeberangi Rafah selepas kira-kira 34 lori membawa bekalan penting ke Gaza sejak Sabtu lalu.
Pada Ahad, penghantaran bekalan bahan api yang jarang berlaku akhirnya dibenarkan memasuki Gaza ketika konvoi bantuan kedua terdiri daripada 17 trak pula mendapat lampu hijau.
Difahamkan, sebanyak enam trak melintasi sempadan dari Mesir selepas berdepan desakan agensi bantuan antarabangsa sejak minggu lalu.
Ketika ini, kebanyakan hospital di Gaza bergantung penuh kepada generator untuk membekalkan tenaga elektrik bagi memastikan ia dapat terus beroperasi.
Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Hamas turut menggesa pemilik stesen minyak dan mana-mana individu yang mempunyai lebihan bahan api supaya mendermakannya kepada hospital demi untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan mangsa yang cedera. - AFP
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment