NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FMSA gesa kerajaan segera luluskan RUU GEG



  • Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kedua pada sesi Parlimen Oktober ini. 
  • Presidennya, Dr Nor Hazlin Talib berkata sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU itu akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
  • “Seorang remaja berumur 15 tahun, dengan mudah dapat membeli vape tanpa diperiksa kad pengenalannya dan mengaku memasukkan tar jalan raya yang ditumbuk halus ke dalam cecair e-jus bagi menaikkan rasa “mabuk” apabila menggunakan vape. 
  • “Sebagai orang dewasa, kita tidak sewajarnya menyalahkan remaja ini kerana mereka terjebak ketagihan akibat kelompongan undang-undang kawalan produk merokok di negara kita,” katanya dalam kenyataan, semalam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA) menggesa kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kedua pada sesi Parlimen Oktober ini. 

Presidennya, Dr Nor Hazlin Talib berkata sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU itu akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.

Beliau turut mencela tindakan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu itu dan berselindung di sebalik kuasa legislatif dimandatkan kepada mereka.

“Seorang remaja berumur 15 tahun, dengan mudah dapat membeli vape tanpa diperiksa kad pengenalannya dan mengaku memasukkan tar jalan raya yang ditumbuk halus ke dalam cecair e-jus bagi menaikkan rasa “mabuk” apabila menggunakan vape. 

“Seorang lagi remaja lain berusia 13 tahun baru-baru ini dibuang sekolah kerana ditangkap menggunakan vape berkali-kali oleh guru sekolahnya. 

“Sebagai orang dewasa, kita tidak sewajarnya menyalahkan remaja ini kerana mereka terjebak ketagihan akibat kelompongan undang-undang kawalan produk merokok di negara kita,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nor Hazlin berkata sejak cecair nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun pada 1 April 2023, penjualan nikotin tidak dikawal selia oleh mana-mana undang-undang di Malaysia. 

Perkara itu membuka ruang penjualan tidak terkawal kepada remaja dan kanak-kanak bawah umur sehinggakan tinjauan Pusat Racun Negara mendapati produk vape dijual sebaris gula-gula dan alat tulis di kedai-kedai runcit.

Beliau turut menegaskan tiada kajian kukuh penggunaan vape sebagai terapi berhenti merokok dan kos ekonomi yang dibawa oleh penyakit berkaitan vape seperti EVALI adalah lebih tinggi daripada potensi keuntungan industri itu. 

Katanya, negara England dan New Zealand yang meringankan peraturan penggunaan vape telah menghadapi peningkatan kelompok remaja dan kanak-kanak terjebak ketagihan produk itu. 

“Kajian tinjauan kesihatan remaja 2022 (Adolescent Health Survey 2022) menunjukkan berlakunya perubahan pola penggunaan rokok dalam kalangan remaja di mana berlakunya penurunan penggunaan rokok konvensional tetapi penggunaan vape pula semakin meningkat. 

“Lebih merisaukan, 6 peratus daripada remaja yang menggunakan vape adalah dalam kalangan remaja perempuan berbanding hanya 1 peratus bagi penggunaan rokok konvensional. 

“Ini membuktikan penerimaan vape lebih tinggi dalam kalangan remaja, sesuai dengan bukti-bukti kajian global yang membuktikan remaja menggunakan vape kerana sifat ingin tahu, sebagai gaya hidup dan perasa yang menarik minat mereka,” kata Nor Hazlin. — The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo